Wednesday, February 19, 2014

Hari teringat...

Hari ni, adalah hari aku teringat banyak mende. Malas nak pk, tapi makin lama, makin kuat plak teringat. Inilah rasa yg sngt2 xbest. Mmg xbest...

Wednesday, February 12, 2014

Oldie tapi goodie...


Ini salah satu benda yang aku pernah buat beberapa tahun yang lalu. Kalau korang nak tgk perbezaan jawapan, boleh arr cari post aku yg lepas. Manusia berubah, sekelip mata. Aku pon sama. Kita semua sama. Xkesahlah, berapa kali kita terluka, digunakan, dibuang, dihina, selagi kita ni masih bernafas, masih sempurna sifat, bersyukurlah. Sakitnya kita hari ni, mungkin akan dibalas dgn benda yg jauh lagi best. Bersabarlah]=]=]=]=]==. So, sesiapa tgh baca blog aku, layankan soalan2 ni.

dah lama tak jawab tag ni. bagi ah peluang sat lepas gian main tag.


1.Apakah benda yg paling penting dalam hidup kamu

Music.


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dgn wang sendiri

Baju



3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu


Atas Pulau persendirian.



4. Berapa lamakah anda rasa hubungan anda berkekalan?


Kalau ada rasa nak bercinta arr. Kalau bercinta balik pon, aku xtaruh apa2 harapan pon. Xboleh percaya.



5. Adakah anda dilamun cinta?


Nope.


6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

Delicious.



7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

The Downfall



8. Apakah nama penuh kamu?


Nama penuh aku, kau carik sendiri



9. Kamu lebih senang dgn mak/ayah?


Aku lebih senang dgn diri sendiri


10. Namakan seseorang yg kamu ingin jumpa utk pertama kalinya dalam hidup anda?

Aku xtaw siapa aku nak jumpa sekarang ni.


11. Sebutkan 8 nama sahabat yg paling rapat dgn kamu



Da sebut, so xpyh tulis dkt sini..


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

Aku basuh bila perlu.



13. Tempat paling seronok kamu mahu pergi


Tempat yg jauh dari Malaysia.



14. Pelukan atau ciuman?


Penumbuk.


15. 8 perkara yg amat saya gilai


Aku gilakan seorang perempuan, sampai aku gila.


16. 8 perkataan yg sering diucapkan


Banyak sngt.



17. 8 buah buku yg paling terbaru dibaca


Cara-cara nak jadi gila.


18. 8 buah lagu yg saya boleh dengar berulang kali


HAri2 sibuk dgr lagu. So, aku xkan pernah bosan dgr lagu.


19. 8 perkara yg saya pelajari tahun lalu

Hargai diri sendiri.


20. Apa erti cinta?

Cinta itu, memberi peluang pada diri sendiri untuk merasakan nikmat yang Allah bagi dekat kita. Itu pendapat aku, kalau kau xsetuju, kau boleh pergi mampos...




Today

Hari ni mcm biasalah, aku p kerje. Boring nak mampos. Dgn bahangnya, panasnya hari. Perghhh~ Kalau nak diikutkan, dari semalam da bahang gila. Malam2 hari melepak pon berpeluh mcm maen futsal. So, semalam, mmg merupakan malam yang hangat utk kitorang. Bayangkanlah...

Thursday, February 6, 2014

Dgr, aku nak ckp...

Menengok2 facebook hari ni. Ada satu mende baru yg aku tgk org tgh syiok buat. Video yg akan menceritakan apa yg korang da buat dan update sepanjang 5 tahun bersama FB. Well, FB ni da 10 tahun lah ( dari apa yg aku baca hari ini ). Aku join FB tahun 2008 rupanya. Hehehe. Lamanya. So mmg bnyklah perkara2 yg aku update dlm tu. Ada best, ada xbest. Apa pun, kebanyakkannya mmg xbestlah. Belek punya belek, ternampaklah msg masa aku mula2 kenal sorg gadis ni. Seorang gadis yg merubah hidup aku, bagi impak yg sngt2 kuat dalam perjalanan hidop aku. Comel orgnya, sweet sngt, kelakar, dan pada aku, mmg cantiklah dan aku sngt sygkan dia. Rindunyalah dkt dia. Tapi apakan daya, xsemua yg kita plan ni menjadi. Semua orang pon akan lakukan kesilapan. Aku pon xterlepas dari melakukan kesilapan. Setahun aku amek masa nak normalkan kepale hotak aku ni, sekarang da bertambah ok. Apa yg aku Nampak, manusia ni mmg xpernah nak sabar. Ujian baru sikit, da mengeluh mcm hidup dalam neraka. Sesiapa dalam dunia ni pon, bagilah peluang dan ruang. Jgn suka2 hati buat keputusan yg menyenangkan diri kita sendiri jer. Ada hati lain yg perlu kita jaga. 'Asek aku jer nak jaga hati orang, siapa nak jaga hati aku?' Itulah yg selalu orang2 dkt luar sana akan suarakan. Senang jer, kau nk org jaga hati kau, kau jagalah hati orang. Semua perkara ada permulaan. Kalau orang lain xnak mulakan, kau mulakanlah sendiri. Xpyhlah nk ckp siapa dan siapa lagi dah. Semua orang nak terbaik dalam hidup dia. Semua orang xnak susah, semua orang xnak pening. Semua orang nak hidop senang. So, jalan yg 'terbaik' adalah, berambus dan jgn bagi ruang pada sesiapa pun utk bagi penerangan. Itu cara manusia berfikir ke? Susah kalau kau rasa kau jer betul. Berjuta lagi org berpikiran mcm kau. Aku tulis ni, bkn apa. Sekadar nak berkongsi apa aku rasa, apa aku nampak, dan apa aku pikirkan. Rindu sama masa lampau. Rindu sama kamu. Aku susun 10 jari, aku mohon ampun maaf pada sesiapa yg menegenali diri aku ni. Aku xsempurna. Berkata bukan mengata, cuma nak kata apa yg dah nyata. Assallamualaikum...

Thursday, January 23, 2014

1st Floor Studio!!!

Dalam proses nak bukak studio. Setelah sekian lama, akhirnya~... Agak2, berjaya x kitorang? Hurm...