Monday, February 28, 2011

Amalan khurafat.

Assallamualaikum,ini antara yang dapat aku cari dalam web.Internet memudahka,gunakanlah untuk kebaikan bersama.Diharap apa yang aku cedok ni,dapat membantu kita memahami sedikit sebanyak tentang amalam khurafat ini.




Amalan Khurafat Beserta Maknanya

Khurafat ni senang je pengertiannya. Ianya adalah mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dalam kehidupan harian. Apa apa kepercayaan yang menolak kekuasaan ALLAH itu adalah khurafat. Atau dalam masyarakat melayu kita, ia lebih kepada tema “sial”.

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Disebabkan masyarakat melayu ini penuh beradat, jadi, amalan amalan khurafat dalam kehidupan harian mereka dulu banyak mempengaruhi hidup mereka sebelum kedatangan islam. Pada mulanya ia adalah merupakan petua yang diperturunkan. Namun, ia sudah menjadi adat dan amalan pula apabila terlalu lama amalan tersebut dipraktikkan.

Setiap petua ada sebabnya tersendiri. Seperti jangan keluar waktu senja merujuk kepada untuk mengelak seseorang itu terkena demam. Kerana perubahan antara panas dan sejuk sedang berlaku tika waktu senja. Namun, ia telah diubah oleh orang yang tidak mengetahuinya lalu menjadikan hukum dalam kehidupan mereka.

Amalan Khurafat Di Malaysia Beserta Contohnya.

Kat sini aku lampirkan amalan khurafat di malaysia yang sebenarnya berlaku dalam kalangan korang. Yang ni aku amik dari adat keturunan melayu

Contoh amalan khurafat keturunan melayu :-

Upacara menurunkan kapal
Kenduri Pecah Perut
Kenduri Tolak Bala
Upacara Mendirikan Rumah Baru
Puja kubur
Cucu jin
Pemujaan Tanduk kerbau
Sandau
Upacara Penyembelihan Ayam Hitam




Biasanya, yang masih mempelopori kepercayaan dan adat amalan khurafat dalam masyarakat melayu ni adalah tok pawang, dukun dan tok bidan. Ini semua adalah hasil pembelajaran diorang sejak turun temurun.

Semoga kita semua dijauhkan dari amalan2 khurafat dan syirik.nauzubillah min zalik~


No comments: