Friday, October 28, 2011

Setelah sekian Lame...

It's been a while aku x update blog ni. Ye arr, perantauan aku ke Eropah, ditambahkan lagi dgn kerje yg teramat sebok, sampai xde mase nak mengadap semua ni. Ape pon, sekarang aku da selamat sampai di Malaysia, tanah aer tercinta, dan sekarang nak tumpukan pada pekerjaan dan cinta baru aku. Hihihi. Bnyk perubahan yg berlaku dalam tempoh 10 bulan ni. Ade yg aku suke, dan semestinya ade yg aku xske. Ape pon aku terime semuanya dgn hati terbuka, dan berharap esok akan bertambah baek dan teros baek.

Sepanjang aku tinggal di U.K, bnyk yg aku belajar. Perubahan pada diri tak terlampaw drastik, cume skarang jaga pemakanan(*sngt!*). Berat bdn aku da turun skarang, hisap rokok maken kuat. Xtaw cemane nak kurangkan, harap satu hari akan berenti.(Amiiinnn~).

Balek dari U.K hari tuh, tros aku ke Ipoh. Plan asal nak lepak 2 hari, atas sbb2 tertentu, aku terpaksa lepak lama sket. Jumpe adek aku, kwn2 aku, dan cinta hati. Hehehe. Sunggoh bersyukur ditemukan ngan si dia. Orgnye comel, cantek, baek, kelakar, peramah. Ape pown, dia mmg best arr. Hihihi.


So, sekarang aku berada di Setiawangsa, rumah kesayangan aku. Nga lepak2 atas katil (*mcm biase ler*). Routine harian xpernah berubah. Lepak sampai hengat dunia. hehehe. Aku suke balek Malaysia, bnyk yang aku rindu mase aku kat U.K.. Tapi bile da sampai Malaysia, aku sngt2 rindu perantauan aku, suke-duke mase aku kat sane. Pengalaman yg xkn aku lupekan. Nanti aku selitkan beberape gambar sepanjang aku melepet dkt sane. Best.... Ape pown, aku syg gf aku. Hahahaha... Salam~

Thursday, April 28, 2011

Politikus!


(AMARAN!UNTUK BACAAN ORANG2 YANG BERPIKIRAN TERBUKA SAHAJA...)

Pilihanraya Sarawak berlalu dgn penuh kesah2 yang xberapa nak enak dilayankan.Aku bukanlah ahli parti pembangkang mahupon kerajaan Malaysia.For me,politician do nothing for us rakyat.All they do is using us,for their own benefits.Believe me,I've been there,and it Sucks!Apa yang kita sebagai umat Islam,di Malaysia,xberapa nak tahu,adalah menyanjung sesetengah party,kononnya memperjuangkan agama,bangsa,negara.Apa yang di maksudkan dengan politik?Apa yang kita sebagai umat Islam kene buat?Apa yang kita sebagai umat Islam boleh sumbangkan untuk Negara dari segi politik?Ok,first of all,ada 14 ciri2 politik,atau cara2 politik dijalankan di Malaysia.Dan politik di Malaysia adalah unsur2 yang dibawa oleh pihak British(Kapiaq Laknat).Dipecah2kan semua bangsa,sampai bergaduh2 di antara sesama bangsa.Dalam Malaysia,yang kita nampak,fitnah makin berleluasa,dan makin kotor.Bagi yang mempunyai akal,yang berfikiran waras,yang berfikiran Islam,tolaklah kerajaan yang menentang Islam itu sendiri.Hukum Allah dihina,sistem Islam dikatakan lapuk.Aku xmenyokong mana2 parti,cuma jikalau aku diberi peluang untuk mengundi,semestinya parti BN lah yang aku utamakan,dan akan aku hidarkan dari memangkahnya.Kenapa?Hehehe.Senang saja,klw kita lihat,apa yang dibangunkan oleh Rasulullah,dari zaman dulu,sampailah sekarang,dan selamanya,adalah Islam.Yes,dia Nabi,dia Rasul.Ade mukjizat,ada kelebihan,keistimewaan di sisi Allah.Mustahil kita nak setarafkan diri kita dgn Baginda.Sipi2 pown jgn haraplah.Tetapi,apa yang dikatakan oleh Rasulullah,wasiat yang ditinggalkan untuk semua umatnya,adalah dia tinggalkan dua perkara,iaitu sunnah dan Al-Quran.Dia tinggallkan pada kita,bukan suruh kita tinggalkan,tetapi suruh kita baca,fahami,nilai dan jalani.Jadi,cara yang terbaik,samada dari segi politik,cara hidop,mau pon apa sekali pon dalam hidop kita adalah Islam.Islam adalah Peace,kedamaian.Islam is the way of life.Bila Islam diri kita,maka selamatlah dunia dan akhirat kita.Sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan Al-Quran,adalah panduan hidup kita sebagai seorang muslim.Bkn panduan dan undang2 yang dicipta oleh manusia.

Kerajaan Malaysia,yang di'tungganng' oleh party Melayu Islam Liberal...Yes,Islam Liberal.Kenapa aku ckp mcm ni?Tak takut ke?Nak takut apa,mereka pon xhormat rakyat,xmalu,xsedar diri.Diorang adalah kuli rakyat.Sedar sikit.UMNO mengamalkan politik Islam Liberal dan Assobiyah.Islam diperlekehkan,dan bangsa diutamakan.BN adalah parti paling racist.1 Malaysia My ASS!Silaturahim yang merosakkan agama.Apa maksud 1 Malaysia Najib?Tolong huraikan boleh?Hahaha.Mana dia tau nak jawap mcm mana,bukan idea dia pown.Hihihi.Semua party politik di Malaysia sama je.Baik kerajaan,baik pembangkang.Bila pembangkang jadi kerajaan,xmustahil mereka pon akan jadi mcm Kerajaan sekarang,mungkin lebih teruk.Cuma apa yang ak nampak sekarang,mmg mereka berjuang bersama rakyat.Sepatutnya Kerajaan Malaysia ambillah langkah mendekati rakyat,seperti yang digunakan oleh pembangkang.Bukan menyebar fitnah,dan mengaibkan orang.Politik kotor.Dan apa yang kita,rakyat Malaysia boleh sumbangkan pada negara melalui politik?BOIKOT!Politik sekarang terlampaw kotor!Kita boikot,kita berjuang sebagai rakyat.Pencetus revolusi adalah rakyat biasa,dan jatuh apabila menyertai politik seperti Adolf Hitler,Burhanuddin Helmi etc.Burhanuddin Helmi adalah anak kelahiran Kota Bharu,Perak,dan di padamkan namanya dalam usaha memerdekakan Malaysia,atas sbb kepentingan individu tertentu.Dan ramai lagi mereka2 yang berjuang,dan dinyahkan terus dari sejarah kmerdekaan Malaysia,oleh tdak lain,tidak bukkan....Kerajaan yang masih memeritah,dulu kini,dan selamanya.Kerajaan BN.Kenapa aku suka hentam BN nieyh?Nampak sngt aku nieyh penyokong pembangkang kan?Hahaha.Xde lah,aku pernah join UMNO mase ak budak2 dulu,mase mentah2.Aku join dorg,dan ape yang aku nampak dalam tv,dalam surat khabar,sngt2lah kontra dgn apa yang terjadi dpn mata aku.UMNO tersangatlah racist,teramat racist,sampai sanggup membelakangkan Islam.Pernah aku duduk bermesyuarat dgn AJK tempat aku,dan pada masa itu,membuatkan aku hilang kepercayaan pada parti yang kononnya suci agama da bangsanya.Mereka terang2 mengamalkan poitik wang,fitnah sana sini.Tikam menikam sesama sendiri.Dan aku beralih kepada pembangkang,yang pada masa itu masih suci dan bersih dari sekarang.Member2 UMNO aku sound,'buat apa sokong depa,baik sokong parti yang kuat'.Aku tersenyum bila dgr dorg ckp mcm tu.Yang kuat xsemestinya betul.Aku sokong yang mencari kebenaran,bukan yang menidakkan kebenaran.Cantik pada mulanya,cun je.Aku berhempas pulas ngan berberapa rakan2 aku,xkesahlah pasal ganjaran,janji kita bantu mereka menerangkan pada rakyat,apa yang kita perlu ubah.Dari Ahli biasa,aku jadi ketua kumpulan kecil,dan dilantik menjadi ketua pemuda kawasan,dan jawatan terakhir aku adalah naib ketua wilayah persekutuan.Dah nama pon politik,aku dijatuhkan dgn kejam sekali,oleh mereka2 yang aku kerja bersama2.Saket bila diperlakukan mcm ni.Tapi xpe arr,aku redha je.Ini politik,mmg kotor.Pernah aku dgr cerita pasal 'Wakil'.Tanya seseorang kepada kawannya,'Doktor dan wakil doktor,mana lebih berkuasa?'Lalu jawab kawannya,'Doktorlah'.Kemudian dia bertanya lagi,'Pengarah dgn wakil pengarah?'.Jawab kawannya,'Pengarahlah'.'General dgn wakil general?'.Jwab kawannya yang malas nak layan,'General arr~'...Jadi,si pengaju soalan ni pown mengajukan soalan terakhir pada kawan dia tu.'Wakil rakyat dgn rakyat?'....Hehehehe,kita sebagai rakyat,harus tahu kuasa kita.

Jadii pada yang membaca,yang berakal dan waras,pikir2kanlah apabila anda menyatakan yang diri anda adalah penyokong Kerajaan Malaysia yang menolak ajaran Islam,dan apabila anda menyatakan yang diri anda bukan penyokong Kerajaan.Apa yang anda sudah lakukan untuk agama,tanah air,dan bangsamu?As for me,sekarang aku akan terus berjuang sebagai rakyat Malaysia,bkn sebagai ahli mana2 party politik.Bila anda berucap menggunakan pentas penyokong Kerajaan,anda hanyalah seseorng yang mudah berpuas hati,dan akan terus ditakuk itu,tanpa perubahan,dan tidak akan berubah,selagi anda tidak ditindas.Bila kita berucap di pentas pembangkang,Kerajaan Malaysia akan mengambil apa langkah sekali pon,untuk mejatuhkan,mengagalkan usaha kita,walaupon apa yang kita hendak sampaikan adalah benar,dan berguna untuk semua rakyat.Macam kesah 1Malaysia,DAP da utarakan perkara ini satu masa dahulu,dan mereka(UMNO) xbersetuju sbb takut.Some politicians in UMNO thought Malaysian Malaysia threatened the Malays' special position in Malaysia.Sampai yang bagi idea nak buat Malaysian Malaysia ni dipanggil pengkhianat negara.Tapi,bila Pak Jib buat,semua orang tepuk tgn tanda setuju.Ciplak idea orang,adalah cara terbaek dan disanjung dalam UMNO agaknye.Hehehe.Tapi kalau kita berjuang dan berucap di atas pentas Rakyat,maka tiada alasanlah untuk Kerajaan untuk menidakkan,dan pembagkang untuk campur tgn.Kita bersatu,demi kesejahteraan anak2 kita,dunia akhirat.Amin~

Panjang benar cerita yang aku sampaikan ni.Mungkin ada yang bersetuju,dan yang xbersetuju,Aku cuma manusia biasa,xsempurna pon.korg pon same,xsempurna.Ini cuma pendapat.Salah dan silap,harap dimaafkan.




Sunday, April 3, 2011

Kesah 3 Menteri...Oh Malaysiaku~


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!


P/S:Hehehe.Bodoh.


1 April yang lepas...


Antara perayaan hampeh yang disambut oleh kebanyakan orang di muka bumi nieyh.Dan sekarang aku tgk,da jadi trend anak2 muda yg konon2 'open minded' lah sngt.Kebanyakan yg menyambut hari bodoh ni,xtaw kisah sebenar disebalik perayaan bodoh nieyh.sedang2 blog walking,terjumpa article ni.So,pada yang terbaca,sila2lah share,kasi ingat kat kawan2,sedare mare,ahli keluarga yang xtaw dan xnak taw pasal kisah sebenarnya.Layan~

Assalamualaikum. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa berdarah ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita

Petikan daripada Risalah Fikrah
Suntingan semula oleh Snake


Monday, March 21, 2011

Mereng Kemereng~

(Sorry,ini luahan pendapat aku...)


Sabtu lepas,ak ngan member2 aku,pi Lowyat utk lawatan hari minggu kitorang.Da jalan2,beli brg lappy dan pc,kitorang bercadang nak tgk cite yang da lama kitorang nak tgk,Hikayat Merong Mahawangsa.Aku sngt hampa,hampa yang amat!

Xseperti yang orang dok ckp2 kan.Plot cerita yang dapat dijangkakan,pelakon2 yang kurang memberi impak,lawak2 xmenjadi.Dgn suara latar belakang yang sngt2 menggangu,xbest langsung,pemotong mood sunggoh.

Ape pon,tahniah diucapkan sbb KRU sngt berani buat cerita mcm nieyh.Cerita nieyh xdelah boring sngt.Boleh dilayan.Tapi jgnlah mengharap terlampau tinggi.Teknologi kita xsehebat Hollywood,pelakon kita xse'Feeling' Bollywood.

Pada siapa yg xtgk lagi,baek korg tunggu kluar dalam Astro.Lagi bgos.Pada yang xsetuju,terserah pada korg.Ini pendapat aku.Korg nak puji ke,apeke,itu korg punya pasal.Hehehee.

Harap lepas nieyh pembikin filem Malaysia dapat dok satu meja,kasi bincang arr ape nak buat.=)Aku sokong cerita Malaysia,dan xbermakna aku kene tipu diri sendiri dgn menyatakan'Hikayat Merong Mahawangsa best gila!Terpegun aku!Gempak nak mampos!'.So,dari 5 bintang,aku bagi 2 1/2 bintang.Satu bintang sbb ini filem Malaysia,dan satu bintang lagi sbb ini hikayat Melayu lama.Yang setengah tuh sbb,Puteri dia cantik~!!!I loike~!!!Hahaha.Apepown,kita doakan yang filem kita akan lebih bermutu dan baik di masa akan datang.

Thursday, March 17, 2011

Happy birthday to....


Yayyyyyyy~Selamat hari lahir yang ke 25 untuk diri aku sendiri~!!!Hahaha.Da tua da aku nieyh.Dan tahun nieyh,aku menyambut bday ngan berjimba2 bersama kawan2 aku.Best woo~!Dann surprise yang family aku buat agak menarek arr,xpernah aku dpt present yang diletakkan atas katil.Hehehe.Ak dapat perfume ngan baju.thanx!!!Dan pada kawan2 yang dah wish,thanx sbb korgingat,yang xwish lagi,mungkin dorg wish dalam hati je kot.Hehehe.Ape pown,aku ngantok.ZzZzzZzzZzz~



Tuesday, March 15, 2011

Apa,saket hati?Relax sudah~


(Saja je letak picca nieyh.Jgn pk bkn2 okeyh~)

Terkejut lah jugak ak weyh.Hahaha.Sudah lama menyepi,tiba2 ko muncul,bagai tiada apa pernah berlaku.Hahaha.Bkanlah aku nak ckp ape,aku da lupekan segalanya pasal kita,dan tiada lagi dendam yang pernah bersemat di dalam hati ku ni.huhuhu.This is how i feel,masa dulu arr...'I was born when you kissed me. I died when you left. I lived a few weeks while you loved me'....Dan sekarang~'In life, what sometimes appears to be an end is really a new beginning'.I think that these quotes,or any other quotes,sngt2 memainkan peranan yang penting dalam hidop seseorang.For example,orang ade masalah cinta,dgn bersusah payahnya memenatkan jari carik broken hearts quotes.When you're in love,cari loves quotes.As for me,skarang aku berada dalam mode 'Xde maselah nak layan sume nieyh'...Hehehe....So,pada kamu,yes,kamu,aku xsalahkan kamu dah sekarang.Aku paham keadaan mu,dan apa perasaan mu.Sometimes,u got to do,what u got to do...If you look for truth, you may find comfort in the end; if you look for comfort you will not get either comfort or truth only soft soap and wishful thinking to begin, and in the end, despair...Hehehe.Aku nak tidoqlah.Penat lak.Ini malam,kita kasi gegar KL~!Hahaha~!Mcm Hareeeeemmmmmmm~Aku bukan nak cari gado ngan sesape pown,cume ini luahan hatiku,dan tiada langsung niat mencerca sesiape.




Saturday, March 12, 2011

Rumah Hantu kat Shah Alam.



Baru je lepas balik dari Shah Alam nieyh,nga sebok2 aku bawak kerete,adik aku ckp yang kat area nieyh ade satu rumah berhantu,kebetulan lak kitorang mmg lalu kat area wet world nieyh.Adik aku kate yang sewe rumah nieyh hanya RM50 je sebulan.So,sampai je rumah,terus aku search pasal cerite nieyh,dan hasilnya lumayan~!Hahaha.bnyk dah blog dok cerita pasal rumah hantu RM50 nieyh.Agak seramlah bila aku dgr cerite nieyh.Ape2 pown,terserah pada individu samada nak percaya atau tidak cerita ni.Sbb perkara yang ghaib sememangnya wujud lah.

Ape2 pown,layan sajalah.Kalau rasa nak tgk tempat th,jom kite beramai2 kesane.Ce cite,ce cite.

Pada suatu hari~

Heheyhe...

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara
pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb
kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn
kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet
world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt
bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan
je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke,
pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya
byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free
la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt
tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas
brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk
tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first
kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut.
So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup].
Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye
tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt
sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah
bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi
org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket
[mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu
smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm.
Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk
sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape
lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun
xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs
Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2
ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk
blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute
dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh
selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what?
ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau
hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg
pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak
tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb
nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak
sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar
umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg
pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang
ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau.
Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak
restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua
xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau
trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n
kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk
pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn
ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor
kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu,
Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil
babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk
muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk
trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran
hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk
ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12
lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt
tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt
atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+
koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt
dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g
bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu
bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr
tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik
jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt
dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb
ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah!
Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya
memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak
kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp
c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru
betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg
lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb
takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu.
Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain.
Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde
ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak,
Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg
try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde
org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu
dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang
tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai
meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg
sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim
ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon
antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat
berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu
umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni,
memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu
aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu
dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn
umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah.
Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling
berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call,
katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya.
Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk
melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya
kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g
hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform
yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah,
takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital
klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg
kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius
parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air
mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni
da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole
brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg
dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon
kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt
tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu
parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah
alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe.
Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan
sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg
jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali
org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik
salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik
keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu
blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2
naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk
muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50
jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb
sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu
rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh
da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh
kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau
tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt
jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta
tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus
xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne
dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln
bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia
jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili
dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin,
kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg
lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia
roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe,
kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn
ingat ko smp bebila...al- fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap
kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last
kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada
sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani
la...nokia 3310


Hurm,dari apa yang diceritakan,sngt2 lah sedeyh.Kesian pada yang terkorban(Klw cerita nieyh real arr).Ape pown,makhluk yang halus nieyh,makhluk Allah juga.Apa saje yang terjadi,adalah dgn izinNya.Dan pada sesiapa yang nak telpon Nokia free,pergilah kesana.Hehehe.

P/S:Tuan punya cerita,thanx sbb share.


Thursday, March 3, 2011

Aer mata jantanku...

Waaaaa~Apesal arr ade cite yang sngt sedeyh mcm cite ni?Sumpah,tersentuh sunggoh hati aku bila tgk cerita ni.Sngt setia anjing tuh kat tuan dia.Tunggu,punya tunggu,punya tunggu.Sembilan tahun anjing ni tunggu tuan dia,kat tempat sama,dan waktu yang sama.Sembilan tahun tuh,lame siot!Klw manusia,xpyh sembilan tahun,9 detik pown da merungut.Hehehe.Mmglah Hachiko tu anjing,xde mende laen nak buat.Tapi apa yang kita boleh apply kan pada diri kita dalam cerita ini adalah sabar.Walaupon kita xtaw ape yang Hachiko nampak mase dia nak mati,dalam muvee ni,last2 skali dorg tunjuk yang Hachiko dapat berjumpe balik ngan tuan dia.Ya Allah~!Mase nieyh,aer mate aku xleyh nak tahan da.Dok bertakung lama,terus mengalir.Sedeyh weyh.Ini menunjukkan,yang setiap orang yang bersabar,besar ganjarannya.Mmg best sngt cerita ni,dan bnyk yang dapat kita belajar dalam cerita ni.Jgn dok gk,pastuh xambik pengajaran lak.Hehehe.Ape pon,mmg best,2-2 version,version baru(Hollywood),lakonan Richard Gere ngan Version lama(Japan).I LOIKEEEEEE~


Hachiko,anjing setia yang best!

Tugu peringatan Hachiko.

Poster ni sngt2 style....I loikeeee~

Skarang nieyh aku nga layan version jepun punya.Baru setengah tgk.Mmg best.So,pada sapa2 yang terbaca post aku ni,tgklah,klw korg xtgk lagi.Layan~





Wednesday, March 2, 2011

Arigatou...

Ini lagu best wooo. Layan, siap lyric aku bagi tuh.



Ini lyric lagu nieyh,in japan and English.

Japan
Daremo ga kizukanu uchi ni, nanika o ushinatteiru
FUTto kizukeba anata wa inai, omoide dake o nokoshite
Sewashii toki no naka, Kotoba wo ushinatta ningyou-tachi no youni
Kamikado ni afureta NORANEKO no youni
Koe ni naranai sakebi ga kikoete kuru

Moshimo, mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai, Arigato, Arigatou

Toki ni wa, kizu tsuke attemo, anata wo kanjite-itai
Omoide wa semete mono nagusame, itsumademo anata wa koko ni iru

Moshimo, mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai, Arigato, Arigatou

Moshimo, mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai
Moshimo, mou ichido anata ni aeru nara
Tatta hitokoto tsutaetai, Arigato, Arigatou

Toki ni wa, kizu tsuke attemo, anata wo kanjite-itai

English

Everyone loses something
Before they even realise it
I suddenly realise that you’ve gone
Leaving behind only memories
Amid the happiness, we lost our words
Like dolls
Like all those lost cats on the street corner
I hear a silent scream

If I could see you one more time
I just want to say one word: thank you, thank you

Even if I get hurt sometimes
I want to keep feeling you
At least I have my memories to comfort me
I’ll always have you here

If I could see you one more time
I just want to say one word: thank you, thank you

If I could see you one more time
I just want to say one word
If I could see you one more time
I just want to say one word: thank you, thank you

Even if I get hurt sometimes, I want to keep feeling you...


Manusia, mcm biase ler. Bile da hilang, baru nak ingat.=)



Nak outing,skali cancel daa~Jom layan muvee~!!!

Panas je hati,pagi ni patotnye nak outing ke sungai,skali camera member aku rosak lak.Jahanam,sbb tuh aku xske Nikon.Cepat sngt rosak.Padahal mase outing kat Subang tuh,ok je camera dia.Aku nga siap2 barang,tetibe dia ym aku,kate camera dia rusak lak.Hampas sunggoh.Grr~

inilah gambar D40 bermasalah tuh.Hahaha.Nikon xbest!

Xpelah,xde rezkilah nak outing esok,terpakselah aku melepet kat opis sepanjang hari.Best oooo~Hahaha.Nga panas2 hati nieyh,redelah sikit sbb tgh melayan satu cerite cute dari Japan.Nama cerita ini,'Gake no Ue no Ponyo',dalam bahasa Inggeris nya ialah 'Ponyo on the Cliff'.Cerita ni da lama da sebenarnye,cuma saya je yang lambat tgk.Hehehe.Ape pown,cerita ni mmg best,sngt cute,especially watak si Ponyo.'Gake no Ue no Ponyo is a 2008 Japanese animated fantasy film written and directed by Hayao Miyazaki of Studio Ghibli.Ini cerita yang ke lapan Hayao Miyazaki buat untuk Studio Ghibli.Seperti cerita dari Hayao Miyazaki sebelum nieyh,'Sen to Chihiro no Kamikakushi',atau lebih dikenali sebagai 'Spirited Away'(nama penuh cerita ni sebenarnya 'Sen and The Spiriting Away of Chihiro'),bnyk sngt fantasi dan xmasuk akal dalam movie ni.Sngt seronok ditonton,dan ade babak sedih dalam cerita ni.Tersentuh hati mak nak.This animated fantasy film nampaknya lebih bagus dan seronok ditoton dari tgk filem Malaysia yang xhabis2 ngan mat rempit dan karut marut.Ape2 pon,cerita ni mmg best,aku syorkan korg tgk,dan nilaikan sendiri.Best!(bagi akulah).... =)
Ponyo,the cute little goldfish.
Chihiro Ogino...

Well,sampai sini sajelah penerangan aku kot.aku pown da ngantuk(sebenarnya nak layan muvee laen laks.Ngeee)...Ape2,aku update je dalam blog nieyh...Tibe2 terase nak buat vlog...Ape kate korg?Hehehe...~







Tuesday, March 1, 2011

Ngantok



Maaf,kepada semua pembaca blog(ade ke?Hahaha),xdapat nak upload gambar,baru pulang.nak tido.ZzZzZzzzZzZzzzZzZzz~




Monday, February 28, 2011

Menangkap gambar di Lapangan terbang...


Pada hari nieyh,aku ngan kawan2 aku ade sedikit tugasan di subang airport.Xsabar nak kesana,nak tgk mcm mane gambar yang akan kitorang snap nieyh.Hehehe.Tunggu



Amalan khurafat.

Assallamualaikum,ini antara yang dapat aku cari dalam web.Internet memudahka,gunakanlah untuk kebaikan bersama.Diharap apa yang aku cedok ni,dapat membantu kita memahami sedikit sebanyak tentang amalam khurafat ini.




Amalan Khurafat Beserta Maknanya

Khurafat ni senang je pengertiannya. Ianya adalah mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dalam kehidupan harian. Apa apa kepercayaan yang menolak kekuasaan ALLAH itu adalah khurafat. Atau dalam masyarakat melayu kita, ia lebih kepada tema “sial”.

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Disebabkan masyarakat melayu ini penuh beradat, jadi, amalan amalan khurafat dalam kehidupan harian mereka dulu banyak mempengaruhi hidup mereka sebelum kedatangan islam. Pada mulanya ia adalah merupakan petua yang diperturunkan. Namun, ia sudah menjadi adat dan amalan pula apabila terlalu lama amalan tersebut dipraktikkan.

Setiap petua ada sebabnya tersendiri. Seperti jangan keluar waktu senja merujuk kepada untuk mengelak seseorang itu terkena demam. Kerana perubahan antara panas dan sejuk sedang berlaku tika waktu senja. Namun, ia telah diubah oleh orang yang tidak mengetahuinya lalu menjadikan hukum dalam kehidupan mereka.

Amalan Khurafat Di Malaysia Beserta Contohnya.

Kat sini aku lampirkan amalan khurafat di malaysia yang sebenarnya berlaku dalam kalangan korang. Yang ni aku amik dari adat keturunan melayu

Contoh amalan khurafat keturunan melayu :-

Upacara menurunkan kapal
Kenduri Pecah Perut
Kenduri Tolak Bala
Upacara Mendirikan Rumah Baru
Puja kubur
Cucu jin
Pemujaan Tanduk kerbau
Sandau
Upacara Penyembelihan Ayam Hitam




Biasanya, yang masih mempelopori kepercayaan dan adat amalan khurafat dalam masyarakat melayu ni adalah tok pawang, dukun dan tok bidan. Ini semua adalah hasil pembelajaran diorang sejak turun temurun.

Semoga kita semua dijauhkan dari amalan2 khurafat dan syirik.nauzubillah min zalik~


Khurafat

Semalam,aku seorang diri menonton cerite Khurafat.Boleh tahan cerite dia,tapi seperti biaselah,it's a typical Malaysian movie.Da boleh agak yang si hero,Johan(Syamsul),masa kemalangan nak hantar jenazah Ana,terlibat dalam kemalangan,masa tu lah dia da meninggal dunia.Lebh ketara masa dia balik rumah,tiba badan dia bersih.Hahaha.Apa pon cerita ni beri bnyk pengajaran dan nasihat yang sngt berguna,lebih2 lagi perkara2 khurafat cm ni,mmg ramai org suka buat sekarang ni.Nak nombor ekorlah,nak awek lah,nak berjaya dalam perniagaan lah.Semua ini,datangnya dari Allah,dan pada dialah kita minta.Bukannya pada jin,dan syaitan.Dorg xboleh bagi ape pown,kalau Allah xizinkan.Dan apa saja yang kit minta,pasti Allah bagi,jgn risaulah.Kita kene doa,usaha,iktihar,dan last sekali baru tawakal.jgn dok kata berserah pada takdir je.Selepas doa,usaha,iktihar dan tawakal da kita lakukan,lepas tu barulah berserah.Allah yang mengizinkan sesuatu itu terjadi,jadi jgnlah kita dok sombong,bongkak ngan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan.Bersyukurlah.Alhamdulillah~Sat lagi aku nak letak sikit article berkenaan khurafat.Insyaallah~








Sunday, February 27, 2011

Satu Puisi...

ini bukan puisi aku,tapi aku jumpe semasa blog walking.Ade benarnya puisi ni,jadi nak share berama.Diambil dari http://margeemar.blogspot.com...Enjoy peeps~!

kita tidak sama dengan mereka

kata si buta kepada si pekak,
kita tak sama dengan mereka,

Mesir Arab kita pula melayu,
Tunisia di afrika kita di Asia,
Libya kulit hitam kita kulit sawa,
Yamen makan roti kita makan nasi,
Bahrin jubah kita kain pelikat,

kita tidak sama dengan mereka,

Rakyat Mesir bangkit kerana Arab,
Rakyat Tunisia amuk kerana Afrika,
Rakyat Libya berarak kerana hitam,
Rakyat Yamen merusuh kerana roti,
Rakyat Bahrain merusuh kerana jubah,

Namun si celek berotak tahu,

Runtuh Mubarak kerana rasuah,
Lari Ben Ali kerana first lady,
Gadafi kerana beraja dihati,
Ibnu Saleh kerana harga minyak,
Syeikh Khalifah kerana demokrasi,

Semua ada pada si tiada otak,
semua diamal oleh si buta,
semua telah dikerjakan si pekak,

sumbangan oleh Kalbun Umno

Aku nak rembat satu~!

Ade satu kasut yang aku sngt2 berkenan,mmg aku adalah peminat Air Force 1,ini adalah salah satu yang aku nak rembat.high cut lak tuh.Susah nak carik replica High cut kat Malaysia ni.Nak tgk gambar?Jeng jeng jeng~!
Inilah kasut idaman hamba.Lawa nieyh.Tapi xtaw arr bila dapat beli,bnyk sngt yg keluar dari masuk.Hehehe.Lawakan kasut ni?Jika ada sebarang cadangan,eloklah kirenya anda2 cume hantar ke e-mail hamba,supaya dapat kita berkongsi pendapat.Dan pada yang membaca,tolong2 lah promote site nieyh.Hehehe.Papai peeps~!




Motivational Posters

Dewasa ini,kemana2 saja kita pergi,especially di kawasan opis,sekolah dan penjara(pernah pergi ke?),mesti akan nampak mende alah ni.Ape tuh?haaaa.Ianya dipanggil 'Motivational Posters'.Mmg meng'motivate'kan pada siapa saja yang melihat.Mcm2 yang diletakkan dalam 'Motivational Posters' ni,ade yang perli baek punya,ada yang membina.Ape pown,terdapat segelintir golongan yang terlampaw celik IT,mereka menjadikan perkara ni sebagai bahan lawak.Mmg xdinafikan,ianya LAWAK!Ini antara beberapa yang dapat aku culik dari web.Lawak nak mampos.Hahaha.Enjoy peeps~!

Hahaha.Ni Mmg lawak sngt.Walaupon mcm menghina yang kurang upaya,tapi pic ni mmg kelakarlah.LoL~

Ini agak biadap,tapi btol gak ape yang poster tu ckp...Shit happens,peeps. =)

Ini ditujukan khas untuk pengkritik2 bebas yang xsuke(atau takot) nak revealkan diri.I loike~Huhuhu.

Hahaha.Salah port arr bang.Kesian~

Kepada photographer2 diluar sane,berhati2 ngan kangaroo...Hahaha~!

Hahaha.mmg biadap dorg nieyh.Hahaha~!

Betul2,cube kalau yang buat ni,umor da belasan atau puluhan tahun,kompom masok paper Metro punyalah...'Lelaki 30-an mati akibat cat.'LoL~!

Ini aku btol2 respect arr.Tapi laju ke penguin lari?hehehe~

Minom bnyk2 lagi,kan dah~Hahaha~!

This is damn hilarious!Enough said!
Like people always said,love is blind...LoL~!

This picture is taken from the show '3 stooges',and it seems that somebody have changed the faces.It was picture of(from left) Barrack Obama,McCain, and Hillary Clinton.LoL~!

Ayam jantan:Baek kau ckp,mcm mane boleh keluar anak gajah plak nieyh~!.....Ayam Betine:erk,erk,erk,gajah,erk......xtaw...erk~!

Gurauan melampaw yang dilakukan oleh kembar2 beliau.LoL~!

Mcm Ninja arr.Boleh lompat ke? =)









Adelah beberape pics yang aku xletak caption.Penat arr,korg letak arr ape yang patot.Hahaha.ape pown,kdg2 dalam lawak ni,ade perkara yang tersirat.Jgn kira nilai sesuatu dari luaran saja.Rajinnkan diri,dan teruskan mengkaji.Ade nilai2 murni disebalik poster2 diatas.Ada lagi sebenarnya,insyaallah aku akan letak dikeluaran akan datang.Hehehe.Papai.